Thursday, 7 November 2013

Macam Malas Jee


Assalamualaikum.



Hmm, kenapa entah rasa malas jee nak blogging? Someone help me pleaseee! Sebenarnya, tak sabar nak naikkan follower blog ni. Nak buat segmen atau apa-apa GA tapi modal pulak tak ada lagi. Hmm, sabar jee laa.

Apa pun sekarang dah masuk bulan November. Maknanya tak lama lagi result PMR akan  keluar laa. Doakan yang terbaik untuk Najwa tau. Hee. Dah tak tahu nak update sebab lama sangat tak update blog. Jenguk sekali sekala macam tuu jee. 

Assalamualaikum.

Monday, 28 October 2013

"Thanks a lot, Syara!"


Assalamualaikum.



Wahh, Najwa asyik mengadap facebook dengan twitter jee kebelakangan ni sampai blog pun tak ber-update. Hee. Hmm, nampak tak pembaharuan dalam blog Najwa ni? Haa, ni semua hasil titik peluh Syara. Thanks a lot Syara!

Haritu Najwa dapat edit blog percuma dari Syara. Kalau diikutkan blog lama yang akan diedit. Tapi last minute Najwa decide suruh Syara edit blog baru ni. Nampak comel jee kan dengan warna pink ni. Hee.

Kalau tak silap Najwa, nanti Syara akan menawarkan tempahan edit blog serendah RM 10. Kalau korang berminat, boleh laa inform Syara untuk maklumat lanjut yee. Jom terjah blog Syara! >>http://simplesyara.blogspot.com<<

Assalamualaikum.

Sunday, 20 October 2013

Saturday, 19 October 2013

Newbie Blogger


Assalamualaikum.




Hai. Ada yang kenal Najwa tak? Newbie yang tak berapa nak newbie dah ni. Hee. Alaa, ni Najwa yang owner blog kisahnajwa.blogspot.com tuu laa. Tak tahu laa apa masalah blog tuu. Bila nak share link kat facebook jee, mesti naik 'invalid link' apa entah. Geram sangat sebab tuu Najwa berazam nak buat blog baru walaupun sayang sangat-sangat dengan blog yang satu tuu. Hehe.

Sebenarnya, bukan tuu masalah utamanya. Hari tuu Najwa log in akaun google Najwa dekat laptop kakak kepada kawan Najwa. Bila nak log in tuu Najwa sign in laa sebagai user yang lain. Emel kakak kepada kawan Najwa tadi tuu agak panjang jugak laa. Mana taknya, kakak dia guna full name terus. Hehe. Kakak dia guna akaun Gmail. Najwa pulak masih menggunakan akaun Yahoo lagi time tuu. Malas nak tukar ke Gmail lagi.

Tetiba kelmarin Najwa dah ada akaun Gmail sedangkan Najwa tak sign up lagi pun. Kalau emel tuu nama Najwa tak apa laa jugak. Ni naik nama kakak kepada kawan Najwa tadi tuu yang panjang berjela-jela. Nak tukar alamat emel tuu dah tak boleh. Last sekali Najwa delete terus akaun Gmail tuu. Nak buat akaun Gmail yang lain tapi alamat emel tadi tak boleh tukar jugak. Susah sangat Najwa buat akaun Google yang baru. Akaun yang lama tak sampai hati pulak nak delete. Tengok laa lama-lama sikit kalau blog baru ni dah maju baru nak delete blog yang lama. Haha.

Assalamualaikum.